ledakkan bank anda
  GALERI SOAL JAWAB (FAQ)
 
1. Siapakah Ceramic Business Club ini?

Ceramic Business Club adalah Jenama Perniagaan yang dimiliki sepenuhnya oleh sebuah syarikat tempatan iaitu Asia Ceramic Marketing Sdn Bhd. Beribu pejabat di Block H, Ground Floor, Excella Business Park, Jalan Ampang Putra, Taman Ampang Hilir, 55100 Kuala Lumpur. Asia Ceramic Marketing Sdn Bhd menerusi jenama Ceramic Business Club menjalankan satu Program Keahlian Privilege dalam memasarkan produk seramik mereka secara trading. Merupakan salah satu syarikat yang bernaung di bawah Granic Groups of Companies, sebuah syarikat besar yang memonopoli pengeluaran barangan seramik di Malaysia.
 
Ceramic Business Club mula dilancarkan pada 7 Julai 2007 dan merupakan sebuah perniagaan berlesen dan berdaftar, serta sah dijalankan mengikut undang-undang. Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai Asia Ceramic Marketing Sdn Bhd terus ke Laman Rasmi Syarikat.
 

2. Apakah Konsep Perniagaan yang dijalankan oleh Ceramic Business Club ini?

Asia Ceramic Marketing Sdn Bhd merupakan sebuah perniagaan trading produk-produk seramik. Selain menjalankan perniagaan secara trading, syarikat ini memperkenalkan Program Keahlian Privilege melalui sebuah jenama perniagaan yang dipanggil Ceramic Business Club. Melalui program keahlian ini, Ceramic Business Club menawarkan ganjaran dan keuntungan kepada pengedarnya. Setiap pengedar yang mendaftar akan menerima satu kad keahlian Ceramic Business Club dan akan membawa jenama Ceramic Business Club dalam perniagaan mereka.

Konsep ini sama seperti program ganjaran Real Rewards atau Bonuslink yang dianjurkan oleh Petronas dan Shell. Dengan menjadi ahli dan memegang kad ganjaran tersebut, ahli akan menerima ganjaran dan keuntungan berdasarkan pembelian dan kesetiaan ahli tersebut. Jenis-jenis hadiah dan ganjaran yang diberikan adalah bergantung kepada syarikat yang menganjurkannya.

Konsep bisnes ini adalah sama juga dengan apa yang dilakukan oleh Ceramic Business Club. Anda akan menerima kad keahlian Ceramic Business Club dan akan menerima ganjaran dan keuntungan yang anda sahaja sebagai Distributor berpeluang mendapatnya, orang lain yang tidak mendaftar tidak akan memperolehinya. Jenis-jenis keuntungan dan ganjaran yang diberikan adalah tertakluk kepada Ceramic Business Club itu sendiri. secara Kad Keahlian Mata Ganjaran ini SAH dan SELAMAT dilakukan?
Penting diingatkan bahawa Asia Ceramic Marketing Sdn Bhd menjalankan perniagaan trading produk-produk ceramic. Adakah perniagaan trading ini SAH dan SELAMAT? Anda tentu sudah tahu jawapannya. Ya, perniagaan ini adalah selamat dan sah dilakukan. Konsep perniagaan ini sama sahaja dengan perniagaan kedai-kedai runcit di tempat anda. Ada barangan yang dijual dan ada pelanggan yang membelinya.
 
   
Manakala Ceramic Business Club pula adalah satu Program Keahlian Privilege yang memberikan keistimewaan kepada Distributor yang mendaftar. Tujuan utama program privilege ini diwujudkan adalah untuk mengikat pelanggan mereka supaya terus bersama dengan syarikat. Setiap Distributor ditawarkan kelebihan-kelebihan tertentu seperti memperolehi mata dengan setiap kali pembelian produk, harga produk yang lebih murah dan dapat menyertai promosi-promosi yang dianjurkan oleh syarikat. Selain itu, ini adalah salah satu strategi syarikat dalam memperkenalkan produk tersebut.
 

Konsep perniagaan seperti ini telah banyak dipraktikkan di seluruh dunia, cuma kita tidak menyedari peluang dan ganjaran dari program keahlian tersebut. Seperti contoh anda pengguna kenderaan, pasti akan mengisi minyak kenderaan anda. Di Malaysia, terdapat banyak syarikat stesen minyak dan yang terkenal adalah Petronas dan Shell. Syarikat-syarikat ini bersaing untuk mendapatkan pelanggan, dan salah satu strategi mereka adalah dengan memperkenalkan program keahlian mata ganjaran iaitu Real Rewards (Petronas) dan juga Bonuslink (Shell). Melalui program ini, setiap ahli akan diberikan satu kad keahlian percuma yang tertera jenama syarikat tersebut dan mereka boleh menikmati pelbagai keistimewaan yang ditawarkan oleh program tersebut. Dengan mengisi minyak di stesen minyak tersebut, para ahli akan menerima mata ganjaran dan setelah dikumpul dalam jumlah tertentu mereka boleh menukarkannya dengan hadiah dan barangan tertentu. Keistimewaan ini tidak boleh didapati oleh bukan ahli program tersebut. Adakah perniagaan mereka SAH dan SELAMAT dilakukan? Sudah tentu anda mengetahuinya! Program tersebut telah berjalan bertahun-tahun lamanya dan perniagaan berkonsepkan seperti ini tidak memerlukan mereka mempunyai Sijil Jualan Langsung (AJL) mahupun kelulusan Bank Negara Malaysia, kerana perniagaan seperti ini bukanlah pelaburan internet, skim cepat kaya mahupun pengumpulan wang deposit haram seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.

 

Ceramic Business Club juga menggunakan konsep perniagaan seperti ini. Setiap distributor yang mendaftar akan diberikan satu kad keahlian yang tertera jenama Ceramic Business Club dan akan membawa jenama tersebut dalam perniagaan mereka. Kad ini tidak diterima oleh mana-mana individu yang tidak mendaftar. Apakah ganjaran dan keistimewaan menjadi ahli program ini? Sila rujuk soalan di bawah.
 

4. Apakah Keistimewaan yang ditawarkan jika saya menjadi Ahli Ceramic Business Club?

Sebagai Distributor yang mendaftar secara rasmi dengan syarikat, Ceramic Business Club menawarkan pelbagai keistimewaan kepada Distributornya dan keistimewaan ini hanya diperolehi oleh Distributor yang mendaftar sahaja.

Keistimewaan pertama adalah setiap Distributor akan diberikan satu Program Kebajikan Community Caring Programme yang lebih dikenali sebagai program Khairat Kematian. Melalui program ini, setiap Distributor yang meninggal dunia akan menerima sumbangan daripada pihak syarikat dan Distributor yang lain. Sumbangan tersebut akan diberikan kepada pewaris mangsa. Selain program khairat kematian CCP untuk setiap Distributor, Ceramic Business Club juga menyediakan satu tabung kebajikan khusus untuk menderma kepada Pertubuhan Kebajikan, NGO dan lain-lain lagi yang dikenali sebagai Community Service Programme.

 

Ceramic Business Club juga menawarkan pelbagai barangan dan produk yang membolehkan Distributor menebusnya dengan mata Shoping Points yang diperolehi daripada bonus yang diterima. Produk dan barangan tersebut ialah Voucher Membeli-belah Giant Hypermarket, Parkson, JUSCO, Voucher KFC, Pizza Hut & Rangkaiaan Ayamas, McDonald's dan BH Petrol.

 
 
Selain daripada ganjaran di atas, Ceramic Business Club juga membuka peluang kepada mana-mana Distributornya untuk menyertai program "The CeramicClub Sellback Franchise System". Program ini hanya dibuka kepada Distributor Ceramic Business Club sahaja. Melalui program ini, Distributor akan dilantik menjadi Franchise syarikat dan akan menerima bonus melalui Booster Rewards Bonus. Apakah maksud franchise dan bagaimana keistimewaan tersebut dapat menguntungkan setiap ahlinya? Sila rujuk pada soalan berikutnya.

Selain ganjaran program di atas, Ceramic Business Club juga menawarkan ganjaran-ganjaran yang lain iaitu International Profit Sharing Pool, iaitu sebuah perkongsian keuntungan bijak melalui pembelian profit sharing dan juga daripada program Franchise di atas.
 

5. Apakah Maksud Franchise?

Franchise menurut Kamus Dewan bermaksud "Hak yang diberikan oleh sesebuah syarikat untuk menjual atau memasarkan produk melalui sistem yang ditentukan".

Jika kita lihat pada contoh perniagaan yang telah berjaya dalam perniagaan sistem franchise ini ialah seperti KFC, McDonald's dan Seven Eleven.
Cuba lihat McDonald's, dengan hanya sebiji Burger mereka berjaya membuka market ke seluruh dunia. Berlumba-lumba individu yang ingin membuka franchise ini kerana sistem mereka telah terbukti berjaya. Jika dilihat pada sistem mereka, pemilik Franchise McDonald's ini didapati tidak pernah sekali pun menjual, membungkus atau menjadi juruwang di kaunter franchise mereka. Sebaliknya yang melakukan tugas-tugas tersebut adalah SISTEM FRANCHISE itu sendiri! Syarikat McDonald's telah menyediakan sistem (tugas mempromosi, kursus untuk pekerja, menu hidangan, harga hidangan) yang akan membuat jualan untuk pemilik McDonald's tadi.

Perkara ini sama juga seperti yang dilakukan oleh Ceramic Business Club. Apabila anda memilih Pakej Booster dan option sell back kepada syarikat untuk tugas membuat jualan, pihak Ceramic Business Club yang akan menjualkan produk tersebut untuk anda dan anda akan diberikan keuntungan hasil jualan tadi seperti yang telah ditetapkan oleh pihak syarikat. Melalui kaedah Franchise ini, bukan anda yang membuat jualan, sebaliknya Sistem Franchise Ceramic Business Club yang akan membuat jualan untuk anda. Nampak persamaan tak dengan McDonald's?
 

6. Bagaimanakan Sistem Franchise Ceramic Business Club beroperasi?

Anda ditawarkan dengan 3 pilihan Pakej Booster iaitu Pakej A: RM900, Pakej B: RM1,800, Pakej C: RM3,800 dan Pakej D: RM6,800. Setiap Pakej Booster ini sebenarnya mengandungi pilihan produk tertentu iaitu Pakej A (Tea Set Ceramic), Pakej B (Dinner Set Ceramic), Pakej C (Tea Set + Warmer Set + Dinner Set Ceramic) dan Pakej D (Energy Water Filter Ceramic).
 

      

Untuk Pakej Booster ini, anda diberikan dua pilihan sama ada ingin membeli produk tersebut secara Trading (beli untuk membuat jualan sendiri atau untuk kegunaan sendiri), ataupun anda membelinya secara Franchise (syarikat akan menjualkan produk tersebut untuk anda) sebagai wakil jualan anda melalui program yang dinamakan "The CeramicClub Sell Back Franchise System".

Sekiranya anda membeli secara trading, anda berhak untuk menjualkan produk tersebut pada sebarang harga yang anda suka, dan keuntungan jualan tersebut adalah keuntungan runcit anda. Harga tidak ditetapkan kerana dalam bisnes trading, setiap Distributor berhak menentukan hanga jualannya sendiri.

Sekiranya anda memilih option sell back kepada syarikat, syarikat telah menetapkan harga jualan produk tersebut dan seterusnya membuat pembayaran kepada anda mengikut harga jualan itu. Syarikat membuat pembayaran hasil jualan anda (Modal + Keuntungan) secara ansuran ataupun bertangguh melalui pemberian "post dated cek" sebaik sahaja pendaftaran dilakukan dan tempoh pembayaran adalah bergantung kepada pilihan pakej, Pakej A & B (2 bulan), Pakej C (3 bulan) dan Pakej D (4 bulan). Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai pembayaran ini melalui Laman Konsep Perniagaan.
 

7. Apakah Sell Back Policy?

Mengikut PERATURAN-PERATURAN JUALAN LANGSUNG (SKIM DAN PERJALANAN) 2001, bahagian PERJANJIAN, No.2(c) menjelaskan:

   " atas permintaan peserta itu, orang yang menjalankan apa-apa perniagaan jualan langsung hendaklah membeli balik apa-apa barang yang boleh dipasarkan yang telah dijual kepada peserta itu dalam masa enam bulan yang dahulu pada suatu harga yang tidak kurang daripada sembilan puluh peratus amaun yang dibayar "

Rujukan: AKTA JUALAN LANGSUNG 1993 (AKTA 500) DAN PERATURAN-PERATURAN.

8. Konsep Pembiayaan Mengikut AL-BAI BITHAMAN AJIL(BBA) ?

 

9. Betul ke kalau tak cari downline masih dapat bonus?

Perlu diingatkan sekali lagi bahawa Ceramic Business Club bukanlah perniagaan MLM yang memerlukan anda mencari downline baru dapat bonus. Ceramic Business Club ini adalah perniagaan secara trading. Apa yang anda jualkan, itulah bonus yang akan anda perolehi. Tetapi keunikan dan kelebihan Ceramic Business Club ini, walaupun anda tidak pandai menjual produk tersebut, pihak syarikat yang membantu anda membuat jualan menerusi sistem Franchise nya dengan keuntungan dan dalam tempoh masa yang telah ditetapkan oleh pihak syarikat.
 

  +  +  

Contoh Beli Produk C Harga RM3800, Syarikat Jual Harga RM4500. Jadi Anda Untung RM700

Contohnya anda memilih untuk membeli Produk Booster Pakej C iaitu Tea Set + Warmer Set + Dinner Set. Harga bagi kesemua produk tersebut ialah RM3800. Jika anda memilih option sell back kepada syarikat dengan sistem Franchise, syarikat akan menjualkan produk tersebut dengan harga RM4500 dan anda akan menerima keuntungan pembelian tersebut sebanyak RM700. Keuntungan ini diperolehi walaupun anda tidak mempunyai downline! Inilah bezanya jika ingin dibandingkan perniagaan Trading dengan sistem MLM.
 

10. Jadi, adakah saya perlu menjualkan produk itu untuk mendapatkan Personal Bonus tersebut?

TIDAK! Bukan anda yang membuat jualan, sebaliknya syarikat yang membuat jualan untuk anda. Syarikat telah menetapkan nilai keuntungan yang anda akan perolehi daripada penjualan tersebut. Cara bisnes ini beroperasi telah dijelaskan dalam soalan no 6 di atas.
 

11. Adakah saya perlu maintain buat pembelian barang apa-apa setiap bulan untuk mendapat bonus?

TIDAK PERLU! Kami tidak meminta anda membuat pembelian barang apa-apa. Cuma kami meminta anda menggunakan kembali modal yang anda terima daripada hasil jualan bulan sebelumnya untuk melakukan pembelian Pakej Booster pada bulan tersebut. Wang bonus yang anda terima, Personal Bonus tu anda simpanlah. Gunakan kembali modal asal anda tadi untuk membuat pembelian Pakej Booster yang berikutnya. Jika anda tidak membuat re-purchase pada bulan tersebut, anda tidak akan mendapat bonus daripada overidding downline anda pada bulan depannya. Anda tidak perlu nak keluarkan duit poket anda lagi dan keluar duit setiap bulan, yang perlu anda lakukan ialah gunakan wang modal anda tersebut secara berulang setiap bulan.

Konsep bisnes Trading memerlukan anda lebih berdisiplin dalam menguruskan perniagaan. Katakan hari ini saya adalah penjual Milo di sebuah kedai runcit. Dan setiap bulan saya memborong 100 tin milo dengan pihak pembekal dan dibeli dengan harga borong (RM5.00 bagi satu tin) yang sememangnya jauh lebih murah. Dan pada bulan tersebut saya berjaya menjualkan kesemua stok milo saya tersebut kepada pelanggan saya dan dijual dengan harga runcit (RM9.00 bagi satu tin). Hasil keuntungan (RM4.00 bagi satu tin) daripada jualan tadi saya simpankannya dan modal pembelian (RM5.00 bagi satu tin) saya gunakan kembali untuk membuat pembelian pada bulan hadapan. Beginilah sistem perniagaan trading, jika saya berjaya kekalkan pembelian 100 tin setiap bulan dan berjaya menjual kesemua 100 tin tersebut dalam masa yang ditetapkan, saya akan mempunyai hasil keuntungan yang konsisten dan tetap setiap bulan. Jadi, inilah sebenarnya kunci kejayaan kepada sistem Franchise seperti yang dilakukan oleh Seven Eleven.

Apa yang menjadikan Seven Eleven perniagaan yang cukup berjaya sehingga berjaya membuka cawangan Franchisenya ke seluruh dunia adalah disebabkan sistem disiplin stok barangannya. Katakanlah saya membeli satu buku roti dari Seven Eleven cawangan A, apabila cashier menekan Jual satu buku roti di mesin kira-kiranya, secara automatik Ibu Pejabat Seven Eleven akan mengesan bahawa Seven Eleven cawangan A tadi telah kekurangan satu buku roti. Dan esoknya, pihak HQ akan terus menghantar satu buku roti yang kurang tadi ke Seven Eleven cawangan A tadi. Inilah kunci kejayaan mereka. Ada sistem yang betul-betul berdisiplin dalam pengurusan kewangan dan stok barangnya.

Sama juga dengan Ceramic Business Club. Anda gunakan kembali modal dari pembelian sebelumnya untuk membuat pembelian pada bulan ini. Keuntungan hasil jualan tersebut anda simpan sebagai bonus anda.

12. Bagaimana syarikat menjana untung untuk bayar Installment kepada ahli? 

 
Bila anda beli pakej A sebagai contoh harga tea set ialah RM900. Dengan RM900 syarikat dapat beli 6 unit tea set kerana harga kos 1 unit tea set adalah RM150 sahaja.

Pengiraan:-
RM900 / RM150 = 6 Unit.

Dengan 6 unit tea set yang ada, syarikat akan jual dengan harga RM650 setiap set.
Pengiraan Hasil Jualan:-

RM650 x 6 unit = RM3900.

Daripada RM3900, syarikat hanya guna RM1000 sahaja untuk membayar kepada anda setelah anda bersetuju dengan "Sell Back Option". Kesimpulannya keuntungan BERSIH setiap pembelian / repurchase anda adalah RM3900 - RM1000 = RM2900.

13. Siapakah pembelinya?Adakah pembeli tetap?Maksudnya keluasan pasarannya dan kekerapannya?

Pembeli-pembelinya adalah terdiri daripada:

 

1. Ahli-ahli CBC (Berbelanja melalui Baucer)
2. Pelanggan Ceramic e-Mart (Tunai atau Baucer)
3. Badan-badan NGO
4. Hotel-hotel
5. Penjual barang-barangan ceramic
6. Cafe-cafe
7. Pejabat Agensi CBC Kuala Terengganu

 

Pembelian boleh terjadi secara pukal atau borong atau secara dalam kuantiti yg kecil (ahli & pelanggan emart). Di Malaysia terdapat 30 Juta rakyat yang tidak semestinya mempunyai citarasa seperti anda. Produk-produk seperti ini mempunyai rangkaian peminatnya sendiri. Dan atas sebab itulah pelbagai syarikat gergasi dalam industri ceramic ini mampu terus bersaing dan mengekalkan prestasi penjualan produk-produk mereka

14. Jika saya mendaftar sekarang, berapa lamakah tempoh masa untuk saya pulang modal?

Bergantung kepada Pilihan Pakej yang anda lakukan semasa pendaftaran. Untuk Pakej A dan B, tempoh masa untuk anda pulang modal dan dapat keuntungan ialah selama 2 bulan dari tempoh pembelian, manakala bagi Pakej C, tempoh masa untuk anda pulang modal dan dapat keuntungan ialah selama 3 bulan dari tempoh pembelian.

   " Al-Bai' Bithaman Ajil (BBA) adalah kontrak jual beli dengan harga tangguh. Di bawah konsep ini, Bank memberi pembiayaan kepada pelanggan untuk memiliki harta atau perkhidmatan di mana Bank akan membeli aset kepunyaan pelanggan atau daripada 'vendor' dengan harga tunai dan kemudiannya menjual kembali aset tersebut kepada pelanggan dengan harga belian ditambah keuntungan dan pelanggan boleh membayar balik secara tangguh atau ansuran. "

Rujukan: BANK PERTANIAN MALAYSIA/AGROBANK

Kedua-dua konsep Sell Back Policy di atas menerangkan maksud dan menjelaskan bahawa konsep ini telah digunapakai secara meluas oleh syarikat Multi-Level Marketing dan Islamic Banking cuma tidak diketahui oleh kita secara meluas. Contohnya seperti syarikat MLM, mana-mana syarikat MLM terutamanya yang mempunyai Sijil Jualan Langsung adalah wajib mempunyai Polisi Belian Semula (Sell Back Policy) ini seperti yang telah termaktub di dalam Akta Jualan Langsung.

Jika anda pernah terlibat dengan mana-mana syarikat MLM, dan mempunyai produk yang tidak mampu anda pasarkan dalam tempoh 6 bulan, anda berhak untuk membuat penjualan semula produk tersebut kepada syarikat anda dengan kadar harga tidak kurang daripada 90% amaun yang dibayar. Bagi Islamic Banking, konsep Sell Back Option ini digunakan di dalam produk pinjaman (loan) mereka bagi mengelakkan berlakunya riba.

Orang yang ingin membuat pinjaman akan menggunakan akad jual beli produk (walaupun produk tersebut tiada dan sekadar syarat sahaja) dengan kaedah pembayaran harga tangguh.

Bank Islam: Kontrak Bai Bithaman Ajil Sah

KUALA LUMPUR, 1 April (Bernama) — Pelanggan Bank Islam Malaysia Bhd dan orang ramai kini boleh menarik nafas lega apabila mengetahui bahawa kontrak Bai Bithaman Ajil (BBA) adalah sah dan terikat.

Ini susulan daripada keputusan sebulat suara hakim Mahkamah Rayuan semalam semasa prosiding yang melibatkan Bank Islam.

Keputusan itu mengesahkan amalan bank tersebut berkaitan dengan kontrak BBA adalah mematuhi Syariah dan sah, kata Bank Islam dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut bank tersebut, Mahkamah Rayuan juga menegaskan bahawa kontrak BBA adalah urus niaga jualan dan justeru itu tidak boleh dibandingkan dengan urus niaga pinjaman.

Kontrak BBA bermakna “jualan pembayaran tertangguh”. Ia merupakan kaedah pembiayaan Islam yang digunakan bagi hartanah dan kenderaan serta pembiayaan bagi barangan pengguna lain.

 
  Today, there have been 10 visitors (37 hits) on this page!  
 
This website was created for free with Own-Free-Website.com. Do you want your own website too?
Register for free